Wednesday 1 April 2015

Perfect 10 !

Assalamualaikum dan selamat petang..
        So title post kali ni, " PERFECT 10" .. Padia perfect 10 tu ?? hmm hmm.. Actually dengan lebih mudah nak menjelaskan dekat semua yang kebanyakan wanita2 masa kini mahukan bentuk badan yang langsing dan menawan. Betul tak kakak2 adik2 semua? Of courseee la betul kan. Because me too hahaha Siapa je yang tak nak badan yang cantik menawan. kan kannn ðŸ˜‚ Semua orang pasang impian ni. Lagi2 bila insecure tengok badan2 orang yang kaki nya ade thigh gap, badan fit ishh.... Kenapa kita tak macam tu kan?! Haihhh.. Sape ada jawapan? Sebenarnya kita semua tahu apa jawapannya tapi biar hakakk saje yang terangkan ok? hahaha (*Akak la sangat) So jawapannya :
     
                                    1)              Cara Pengambilan Makanan


Nasi Lemak
                        Haaaa cukup la tunjuk makanan Malaysia ni haa, nasi lemak and more more la makanan kat Malaysia ni yang sedap2. Memang seriously takkan sanggup tolak punya. Sebab ape tau ? Sebab makanan kat Malaysia ni sedapppp sangat2 :) Bukan tak sanggup nak tolak je, tapi kadang2 tu bila dah sedap sangat , kita tak sedar kita akan ambil dalam kuantiti yang banyakk ! Dah la banyak lepas tu asyik lapar dan keep repeat nak makan je keje..Oh maii... ish ish ish *perangai sendiri la tu* hehehe Ok next !!

                                   2)                   Malas bersenam

 

                            Haaa yang kedua ni pula, lepas dah makan punya lah banyak, dah sumbat
itu ini dalam perut lepas tu mulaaa la badan jadi berat malas nak bersenam. Kalau kawan ke ajak jogging mesti kita macam "errr alaa malas lah , kau pergi la, aku mengantuk la, aku penat la" Hahaha Kan? Banyak sangatlah alasan kita ni haaa  ..

Actually banyak lagi faktor2 lain yang buatkan berat badan kita bertambah seperti :

       1) Tenaga yang tak seimbang dalam badan
        =>Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang. Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.
    
       2) Genetik dan faktor keluarga 
       => Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembentukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak2 itu bakal terkumpul
 di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.

      3) Faktor emosi 
      => Bila anda tertekan marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda. Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup dan untuk menghilangkan stresss mereka ketika itu 

Dan banyak lagi faktor2 yang boleh menaikkan lagi berat badan kita yang dah sememangnya berat. Google sendiri la k :) Haa kena ambil berat tau tentang faktor2 semua ni. Jangan buat leceh ja na.. Ok bila dah tahu punca2 kenapa bentuk badan kita sekarang dah jadi macam bentuk O, mestilah nak tahu pula penyelesaian nya kan? Haaa ni ceq nak habaq mai naa, nak kurus boleh tapi JANGAN SAKITI DIRI SENDIRI .. Haa hakak bold kan perkataan tu sebab tak nak la adik2, akak2 ni ambil or buat keputusan terburu2. Ye sy tahu semua nak kurus dengan cepat, nak tengok hasil cepat tanpa buang duit yang banyak kan. Tapi kena ingat juga, kalau body lawa, kesihatan hancur susah juga kan? So kalau boleh elak lah buat sesuatu yang boleh sakitkan diri sendiri. Ok ? :) Nak Jadi perfect 10 ni perlu mengambil masa juga, bukan sehari dua je badan dah cantik molek, No ok No. Sebab tu lah ade nya kata2 " No pain No gain" Kena lah bekerja keras sikit and yang penting PENGORBANAN. *macam la aku ni buat sangat* hahaha..
Ok kat sini, sy nak lah share sikit tips2 kalau nak sangat turunkan berat badan , ade thigh gap, nak body lawa, cantik molek ke kan. Dengan kesihatan yang sempurna :) So jom sama2 baca tips nya ....

                                      1)    Jadikan air masak sebagai minuman utama


=> Air berfungsi melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh. Bagaimana untuk mengetahui berapa jumlah air yang perlu diminum? Ada pendapat yang mengatakan lapan  gelas sehari adalah mencukupi tetapi betul ke idokk kan? Haaa cubalah dapatkan jumlah yang perlu korang minum dengan menggunakan formula pengiraan berikut:
Sebanyak satu liter adalah untuk setiap 25 kg berat badan.
Contohnya, katakan berat badan anda ialah 75 kg, maka pengiraannya ialah:
25 kg= 1 liter 75kg ÷25kg =3 liter Maka jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah tiga liter. *sebab sy budak math , so nak bagi tips pun dalam math hehehee*

                                    
                                  2) Mengambil makanan dalam kuantiti yang berpatutan

                         
Ini ape ni ??! Haaa ni lah piramid makanan kalau nak tahu. Piramid makanan ni ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari . Ia juga digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat. Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik. Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan. So dalam pyramid ni ada 4 aras. Meh nak terangkan setiap satu aras meh :)


ARAS 1 
Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks
yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Setiap hidangan makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, roti, mi, mihun, biskut, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, ubi keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2

Aras 2 Piramid Makanan mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah makanan di aras ini dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

ARAS 3

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya seperti tauhu dan tempe, kacang dhal dan kacang merah. Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4 
Lemak, minyak, coklat, gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

Ok kalau malas nak baca tu, tengok je pyramid tu haa mesti korang faham hehehe :) NEXT !!

                                        3)            Kerap melakukan senaman


Haaa sapa yang cakap dia malas nak bersenam tadi mehhh nak tepuk dahi tu sikit ..hehehe *tak sedar diri* Ok ni penting ye akak2, adik2 sekalian, selain makan, minum semua, kita kena lah buat exercise sikit.. Alaa kalau malas nak keluar rumah tu , senaman ni boleh je buat di dalam rumah, dalam bilik. Patutnya takkan jadi alasan lah tak nak bersenam, malas nak keluar segala bagai. Ok bagi yang malas nak keluar rumah ke ape kan, meh nak bagi exercise yang korang boleh buat dekat rumah tu haa..
  1. Sit up (Bangkit Tubi)



Exercise ni namanya bangkit tubi, or senang cerita ramai la panggil dalam bahasa omputih sit up namanya .. :) Sit up ni untuk abdomen, boleh la adik2 akak2 nak kempiskan perut tu haa.. Ajak la sesiapa pegang kat bahagian pergelangan kaki untuk memudahkan lagi sit up ni, kalau dah takde orang sangat pergi letak kaki kat bawah sofa ke ape ke. Boleh je kan takde alasan hehe Buat lah dalm 60 saat, tengok berapa banyak yg awak2 semua boleh buat, then rehat sekejap dan ulang lagi. Kalau boleh buat 3 set . Nanti mesti korang akan rasa tegang di bahagian perut . Itu perkara biasa jangan risau :)
    
     2 . Squat 

Kebanyakan daripada kita mesti mahukan peha yang kecil dan bentuk badan yang menarik kan. Squat ni adalahsalah satu exercise yang boleh dilakukan untuk mengecilkan bahagian peha dan juga memberi sedikit shape pada badan kita. Squat ni kira bagus la, tapi jangan la pulak buat sekejap pastu dh tak nak buat pula. Sia2 je taw :( Squat ni korang kena make sure buat betul2 ok. Kalau nak senang buat la wall squat so badan korang akan jadi 90 degree, lagi berkesan.. InshaaAllah


   3.  Skipping Rope 


Skipping ni pun best dalam nak menurunkan berat badan, buat lah kalau mampu 100 setiap satu kali. Kalau tak boleh jangan paksa diri, buat la dalam 50 kali then stop seminit dan buat lagi. Jangan malas ok :)

Banyak lagi exercises yang korang boleh cuba buat kat rumah, kalau yang suka pergi gym tu korang boleh la exercise guna trackmill ke kan, dengan mesin2 yang telah tersedia ade kat gym tu haa.. Bagi yang tak boleh nak pi mana2 , yang gym jauh ke, tak nak keluar ke segan ke.. Haa buat kat rumah pun boleh. Senaman ni tak kire di mana2 pun. Yang penting usaha :) *cakap org padahal sama je malas (^^")* hehehe Di bawah ni ade la contoh exercises yang boleh dibuat di rumah selain 3 perkara di atas ni k

Nahh haaa.. :)

Eh ehhh tapi jangan la pula buat exercise tu sampai berat badan korang dengan tinggi korang tak stabil k .. Bila timbang tu kira la Body Mass Index (BMI) korang tu jugak.. Kang elok2 normal jadi underweight pulak kang.. haaa susah pulak nak kena naikkan balik hehehe.  Cara kira BMI adalah seperti berikut : 


Lepas dah kire tu korang tengok pula korang berada di kategori mana..




Sama2 nak kurus so sama2 bagi cadangan dan tips untuk melakukan perkara yang sihat untuk diamalkan. Ingat kalau rasa betul2 nak turunkan berat badan tu, disiplin dengan tips2 yang diberi ok? :) InshaaAllah sama2 kita amalkan cara diet yang seimbang .. Dan Good Luck ...XoXo