Tuesday 12 May 2015

Dunia Berputar !

Sabda Rasulullah saw :

"Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih , kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya, daripada satu bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat"

Kadang2 kita tak sedar ,kita ni hanya manusia biasa yang menumpang di bumi Allah. Dan kita juga alpa kenapa kita menumpang di sini. Kita cepat leka atau sebenarnya kita buat2 lupa? Aku bukan reti bab2 agama sangat cuma aku tahu la ape tu hukum hakam halal haram, baik jahat semua tu buat masa ni. Tapi tu lah, manusia kan, tak semuanya sempurna. Aku pun manusia biasa yang ada perasaan, yang ada hati. Yang tak mampu berkata-kata bila ada masalah. Yang aku mampu hanya berdiam diri, memaafkan dan membiarkan semuanya berlalu. Ya aku mungkin berimaginasi tinggi seolah2 masalah tu boleh hilang macam ditiup angin. Bila ada angin, masalah pergi HAHAHA *kartun sangat* Takde maknanya masalah tu boleh pergi macam tu je, lagi pula manusia macam aku yang selalu sangat la terfikir benda2 yang negatif sepanjang masa. Bila nak settle kan? Actually tertanya2 jugak, kita ke yang "create" masalah tu? Kita ke yang mulakan semua masalah macam ni? Serious tertanya2  apa salah aku sampai semua ni hadir dalam hidup aku? Paling perit bila masalah melibatkan hati. Ya Allah rasa macam nak campak hati ni jauh2. Biar kosong. Takde hati dan perasaan. SENANG CERITA. Tak payah langsung aku nak fikir itu ini, macam mana nak selesaikan satu satu masalah tanpa lukakan perasaan orang dan menghancurkan persahabatan yang dah terjalin. Yes tu lagi satu masalah. Fikir perasaan orang. Orang takkan pernah fikir perasaan kita kan? hahaha lumrah hidup. Kalau orang lain fikir masalah kita, mesti orang akan senang2 faham hati kita, perasaan kita. So nak tak nak diam je la. Susah sangat buat camtu je senang ..hahaha Cliche sangat aku ni. Hidup ni simple je sebenarnya, kalau sekarang kau dibawah, mana tahu mungkin suatu hari kau akan berada di atas. Siapa tahu ? Kuasa tuhan kita tak boleh nak lawan kan :) Begitu juga dengan bila hari ni kau buat orang tu, kau sakiti dia, kau lukakan perasaan dia, kau buat la dia macam2, dia sabar, dia diam. Kau ingat selamanya kau akan berjaya macam tu ?? Oh tidak . Kesabaran dia yang kau cabar boleh dibalas. Dunia ni berputar. Siapa tahu suatu hari nanti kau akan rasa macam mana yang dia rasa. Kita tak tahu apa yang berlaku kan tapi mungkin juga kau akan dibalas setimpal dengan apa yang pernah kau lakukan. Kalau orang putih percayakan karma so kita percayakan kifarah dosa. Sesungguhnya Allah tak pernah membiarkan hambaNya keseorangan . Dan tak mungkin juga setiap masalah takde jalan penyelesaian nya. Kalau rasa ade buat salah, minta maaf dan jangan ulanginya. Kalau rasa diri penuh dengan dosa, sama2 perbaiki kembali, masih ada masa untuk kita. Selagi belum tertutup nya pintu taubat :')

Tapi yang aku pelik sepelik2 alam kan, kenapa orang kalau dah buat macam2 tak pernah nak jujur eh ? Ok fine la bak kata seseorang ni "orang mana yang dah lempar taik nak jilat balik kan" ok ok agak mengerti, Tapi pelik juga, sebab benda nya kau patut tahu masalah tu takkan pernah hilang selagi kau tak jujur dalam sesuatu perkara. Ok la camni, andaikata kau tak sempat nak jujur, nak beritahu hal sebenar, nak minta maaf atas ape yang berlaku dan orang yang kau sakiti, yang kau lukakan perasaan tu tiada lagi di dunia ni. Apa kau sangka dosa kau terhenti? Wallahualam. Andai orang yang kau lukakan tu memaafkan kau, tenang la. Kalau tak? Sanggup nak merangkak kat padang mahsyar yang mempunyai berbilion2 manusia tu ? Mampu ke kau cari dia? Hmm Aku tak cakap pula yang aku ni perfect, aku pun manusia biasa, aku terlalu banyak dosa. Tak tahu la sempat atau tidak untuk meminta maaf dekat semua andai aku pernah buat macam2 kat dyrg kan. Siapa tahu dalam diam kata2 lebih pedih dari tikaman pisau. Siapa tahu ada yang terasa dengan kata2 yang aku lemparkan. Bumi ni dah semakin tua, bila2 masa je perkara yang kita semua tahu akan terjadi . :') So kat sini nak highlight kan, kalau rasa macam nak buat sesuatu yang akan menyakitkan hati seseorang tu, yang akan mengecewakan seseorang tu. Minta maaf lah cecepat. InshaaAllah kalau tak banyak pun sekurang2 nya kita dah rasa tenang minta maaf kan ? :) Dia maafkan atau tidak tu kes dia dengan Allah pulak. Takde kena mengena dengan kita. So last but not least , do think before you act . Do be someone who can always forgive and forget. They don't feel what you feel. So better jadi seorang yang memaafkan dan kemudian diam kan diri je k ;)

Ok dah bosan nak taip pepanjang, so sampai situ je membebel malam ni. Nak tido esok kelas agak pagi nanti kang tak terbangun pulak hahaha Cerita di atas takde kena mengena dengan sesiapa, so jangan la makan cili nanti pedas pulak awak2 haa :p kih3.. Selamat Malam.. Assalamualaikum

Sunday 10 May 2015

HATI

Satu per satu masalah datang melanda. Serious aku cakap aku tak sekuat yang orang nampak. Kalau luaran boleh tersenyum tapi bukan dalam. Dan terkadang aku tak mampu untuk menutup kesedihan sendiri. Bukan saja nak sorok tak nak meluah tapi aku fikir better pendam daripada meluahkan. Hey tak semua tau akan faham apa yang kita alami. Tak semua ! Ingat tu. Dan sebab tu aku lebih decide untuk kunci rapat2 mulut ni . Kalau boleh nak je bercerita, nak meluah. Sebab bila meluah tu at least aku akan rasa lega kerana beban yang selama ni disimpan akan berkurang tapi tak :( Aku tak mampu nak simpan sorg2 :'( Tahu tak perasaan bila kau pendam satu benda tu sorg2, kau biar dia makin bertambah. Heyyy makin lama , makin banyak rasa macam nak meletup. Memang aku bukan jenis meluahkan, aku diam. Paling sakit pernah berlaku yang buat aku meletup hanya lelehan air mata. Air mata je yang mampu teman. Air mata je yang mampu buat kita rasa lega. Allah tu Maha Adil, lepas nangis kita mesti akan penat and tertidur. Allah bagi kita ujian, Allah bagi kita menangis , merayu merintih padaNya dan Allah bagi kita rehat :') Allahu, itulah kuasa Allah yang kita tak pernah tahu kan? Yang kita boleh memandang ringan. Tapi sebenarnya semua ni hanyalah dugaan Allah. Ya aku tahu walau tak sekuat mana pun aku menghadapi semua ni tapi aku yakin selagi Allah disisi, umi abah dihati, aku pasti akan dapat atasi nya walau cepat atau lambat. InshaaAllah :')