Sunday, 7 June 2015

Cerita Aku...

      Tatkala semua mata sudah terpejam dengan lena bersama bantal masing2, jelas hanya aku yang masih mencelikkan diri mengenang nasib diri yang tiada kesudahan. Hanya bunyi geseran angin2 dan juga getaran jantung yang menjadi peneman aku pada malam yang sunyi ini. Ya aku terasa sunyi. Sunyi dengan rasa sakit yang telah membelah jiwa dan perasaan aku sendiri. Bila aku bersendiri, termenung di bawah sinaran bulan yang terang di balkoni rumah sewa aku ini, pemikiran aku jadi serabut. Serabut memikirkan masalah2 yang melanda hidup ini. Hidup yang penuh tanda tanya. Ingin aku mengeluh tapi aku tak mampu. Aku hanya manusia biasa yang harus redha dengan segala ketentuan sang Pencipta. Hanya Dia sahaja yang mengetahui segala yang tersembunyi walau dalam bagaimana pun aku sorok perasaan ini. Sebab Dia Tuhan Yang Satu. Hmm... Terkadang aku berfikir, kenapa aku cukup lemah menghadapi segala cubaan dan rintangan yang diberikan. Kenapa sukar untuk aku menepis segala ombak badai yang cuba untuk meruntuhkan benteng yang selama 22 tahun ini aku bina? Kenapa mesti aku terlalu lembut memaafkan dan menerima segalanya? Apakah aku yang silap dengan apa yang aku lakukan? Apa aku sendiri yang menjadikan diri aku ni bagai lembuk dicucuk hidung? Hanya mendengar dan tak mampu berbuat apa2. Ya aku sangat mengaku, aku tak mampu melawan. Aku lebih suka mendiamkan diri, berfikir dan bersendiri. Dan pada akhirnya aku hanya menerima apa yang orang lakukan terhadapku. Aku sedar ramai yang mengata, dan ramai yang mencela. Tapi apa yang aku boleh lakukan? Aku tetap aku. Sekasar mana fizikal aku dipandangan mata orang, hati aku tetap senipis tisu yang terlalu senang untuk orang mencarik-carikkan nya. 

Hati ? Hmm Hati yang sukar untuk ditafsirkan. Hati yang sukar untuk membuang segala apa yang orang lain lakukan. Hati yang tak mampu untuk menghilangkan secebis perasaan yang telah dipijak dan dihina orang. Kenapa duhai hati? Apa kau tidak mempunyai perasaan malu untuk terus menebal dan menerima segalanya walaupun kau sendiri terluka? Apa kau tidak rasa sakit? Mungkin ya dan mungkin tidak. Tapi kenyataan nya, hati aku terlalu lemah. Sering dipermainkan. Sering dipijak2. Tapi aku hanya mendiamkan diri. Ramai bertanya, apa kau tak rasa untuk menyerah dan berlalu pergi? Ahh menyerah kalah mungkin bukan jiwa aku. Tapi aku apa yang aku mampu hanya mendiamkan diri dan merawat luka di hati sendiri. Siapa tahu suatu hari aku mampu mengubati luka yang terlalu besar. Aku ada sebab aku sendiri kenapa dan mengapa aku hanya membiarkan hati aku terluka. Sebab aku tahu, kalau hati aku penuh dengan luka2 suatu masa dan ketika nanti hati yang tersakiti inilah yang akan jadi penguat untuk aku menjadi yang terbaik. Bukan senang untuk jadi yang terbaik. Hanya Allah sahaja yang tahu segalanya. Betapa aku mendoakan agar hati yang selalu diperbodohkan dipergunakan ini menjadi hati yang boleh memberi aku kebahagiaan dan memberi aku satu degupan sinar untuk menjalani hidup yang bakal menjelma.

Bila duduk di tengah bandar ni, aku takkan pernah lari dengan bunyi desingan motorsikal2, kereta, dan lori2. Pengangkutan yang kita sering gunakan untuk melangkah dari satu tempat ke tempat yang lain. Yaaaa langkah..! Langkah perjalanan aku masih panjang. Oh tidak, maksud aku, langkah perjalan kita masih panjang. :) Kalau hanya berhenti berputus asa di sini, bagaimana dengan kehidupan selepas ini? Aku juga turut memikirkan benda yang sama. Di mana agaknya terhentinya langkah aku yang sebenarnya? Adakah langkah aku akan terhenti dengan kebahagiaan ? Atau langkah aku akan berhenti dengan kesedihan ? Semuanya terletak pada diri aku sendiri. Sama ada aku ingin melalui jalan yang benar yang membawa aku kepada keredhaan atau jalan yang salah iaitu jalan yang akan membawa aku kepada kemurkaan. Semua perjalanan yang aku lalui pasti akan ade cabaran untuk menduga sekental mana hati kau untuk terus melalui jalan ini. Orang luar hanya dapat membayangkan jalan2 yang aku lalui adalah jalan yang lurus yang tiada cacat celanya. Tidak. Jauh sama sekali untuk aku mendapatkan jalan itu. Jalan yang aku sedang lalui sekarang ini adalah jalan yang penuh liku2. Sekejap aku jalan, aku terpijak lubang yang dalam. Bila aku mula bangkit dan aku keuar daripada lubang itu, aku mara ke hadapan sikit aku mula terjatuh ke dalam longkang. Perjalanan aku penuh dugaan. Allah menduga aku dengan apa yang aku mampu buat. Cuma aku sahaja yang tak pernah fikir apa yang harus aku buat. Aku sahaja yang tak pandai untuk menyelesaikan masalah aku sendiri. Hanya menongkat dagu dan hanya mampu mengeluarkan sisa air panas membasahi pipi.

Cengeng? Yaaa aku mengaku aku sedikit cengeng. Mungkin kerana aku anak bongsu yang menjadikan aku cengeng. Tapi sejak kecil aku dididik berdikari. Sejak sekolah rendah sampai sekolah menengah, aku tak pernah manja dengan umie dan abah aku. Aku kasar, aku budak sukan. Aku membusykan diri aku hanya untuk menutup perasaan manja aku sendiri. Lihat? Aku juga mempunyai perasaan manja aku tersendiri. Aku takut manja yang aku punya berlebihan dan akan membawa kepada kegedikan. :) Jadi aku lebih selesa membawa diri aku dengan rasa matang dan berdikari. Aku sendiri tak tahu sejauh mana kemampuan aku untuk terus berdiri di kaki sendiri. Terkadang aku tak mampu. Aku jatuh. Aku tak boleh berdiri. Aku menangis. Tapi aku diam. Ya itu masalah aku! Aku pendam ! Aku lebih suka untuk pendam dan biar aku sendiri yang rasa apa yang tak kena dengan diri aku. Mulut tersenyum tapi hati aku? Siapa yang tahu ? Mungkin sekarang aku diam, mungkin sekarang aku pendam. Tapi siapa tahu mungkin satu hari, hati yang terlalu banyak simpan perasaan sakit lelah dan kecewa ini mampu bangkit dan tidak lagi menoleh apa yang telah berlaku suatu ketika dulu. Berjalan memandang hadapan dengan perasaan megah tanpa kesedihan. Siapa tahu. Aku bukan Tuhan yang menentukan. Aku hanya insan biasa yang hanya mampu duduk di tikar sejadahdan doa padaNya. Aku adalah diri aku....



To be continuee.....

Wednesday, 3 June 2015

Masalah Diri Sendiri ! -..-

Assalamualaikum
So hari ni nak cerita pasal masalah diri aku sikit. Nak cakap aku ni manja tu tak la walaupun anak bongsu, selalu la jugak kena marah tu haa, sebab degil. Hahaha *ok lari topik* No la just nak cakap aku ni ade certain makanan yang aku boleh makan dan jarang boleh makan. Yang jarang boleh makan tu sebab makanan tu akan buat aku tak berapa nak sihat walaupun benda tu sebenarnya bagus dan sihat. Tak tahu la kenapa, buat mase ni ade 2 jenis masakan yang kalau boleh aku nak hindarkan.

1) Sambal Ketam / segala jenis lauk yang masak dengan ketam


2) Sambal petai


Kalau korang baca ni mesti korang gelak kan kenapa la benda yang sedap macam ni aku jarang boleh makan... Hmmmm Tu la, tak tahu la kenapa. Memang ni la jenis lauk yang menjadi favourite aku kalau terjumpa benda alah ni kat luar mesti terliur wehh ! serious.
Ok yang sambal ketam tu aku tak boleh sangat nak makan even sambal dia pun akan jadi masalah buat aku. Bukan je sambal ketam tapi segala jenis lauk yang dimasak dengan ketam. Kalau makan ketam nanti aku punya bibir ni jadi gatal2 dan lepas tu membengkak. Benda ni bermula mase aku tingkatan 5. Mase tu aku ingat lagi aku nak berbuka puasa. Umi masak gulai ketam. Punyalah seronok habis makan ketam tibe2 rasa bibir naik macam belon. Naik besar gile woii! Esoknya bangun sahur pun tak surut lagi, so aku pergi sekolah bawak towel tutup mulut je. Haihh -..- Haa pasal sambal lak, aku tak tahu la kenapa bila aku makan je sambal dengan ketam ni aku akan jadi sesak nafas. Mula la badan rasa lain. Rasa macam tak boleh nak bernafas je. Serious tak tahu kenapa. Sebab tu umi dah kurang masak sambal ketam ni :) Hehehe kadang2 je kalau cuti panjang umi akan masak tapi aku tak kan pernah dibenarkan makan banyak. Tapi standard la degil kan. Ambil nasi, ambil lauk banyak2 sikit lepas tu pergi makan tempat lain hahaha.
Next sambal petai. Ok yang ni aku memang tak tahu ape laaa penyebabnya hahaha tapi kalau aku makan sambal petai ni , mesti kejap lagi nya aku jadi pening kepala dan demam.. Ciss semua makanan sedap2 je ade masalah dengan aku. Aku memang ditakdirkan tak boleh nak makan benda sedap ar macam ni. Umi abah gelak je kalau aku demam hanya sebab makan petai ni haa -..-" Tapi kadang2 tu aku makan ok je.. Kadang2 je ni haaa dia main2 nak demam tak nak demam. Aku rasa faktor2 jadinya demam ni mungkin sebab aku ni stress benda lain. HAHA nak jugak nafikan yang aku kena kurangkan makan sambal petai ni.
Merepekk je tak boleh makan benda alah ni. Ops! Bukan tak boleh makan, cume kena kurangkan. Buat masa ni aku makan takde lah sampai aku masuk hospital ke ape lagi kan. Alhamdulillah. Cuma tak nak la benda tu terjadi. Tak suka duduk hospital. Tak suka ubat2, tak suka masuk air bagai. I cannot la. So nak tak nak aku kena lah, tahan ayaq liur bila tengok ketam and sambal petai... Kalau nak rasa sikit tu bolehh la hihi. Just dekat sini bukan tak boleh makan, boleh sangat2 makan memang favourite aku. Cume tak boleh makan banyak sangat sebab nanti yang tak sihat.. Badann aku juga. HAHA ...ok la malas nak taip pepanjang. K bye!


Monday, 1 June 2015

Nifsu Sya'ban

Assalamualaikum...
Disebabkan malam ni (1/06/2015) adalah malam nifsu sya'ban so entry kali ni nak lah share sikit pasal Nifsu Sya'ban ni ..Bagi sesiapa yang tak tahu Nifs bermakna pertengahan, Nifsu Sya'ban bermakna malam pertengahan bulan sya'ban.

Sabda Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya Allah pada malam Nisfu Sya'ban mengawasi seluruh makhlukNya dan mengampuni semuanya kecuali orang musyrik atau orang yang bermusuhan (HR Ibnu Majah). 

Malam nifsu ni adalah salah satu malam yang dikejar oleh muslimin muslimat selain daripada malam lailatul qadar. Sedar tak sedar kita ni dah pertengahan sya'ban dah. Tak lama lagi Ramadhan menjelma. Dah bersedia ke kita? :) InshaaAllah sama2 kita mempersiapkan diri kita untuk menghadapi bulan ramadhan ni ok ?. Back to story... Selalunya malam nifsu ni, ramai yang berpusu2 ke masjid untuk bersama2 menunaikan solat sunat nifsu sya'ban, setelah selesai menunaikan solat berjemaah, membaca surah yassin sebanyak 3 kali. Di setiap habis bacaan yassin, mestilah terselitnya doa malam nifsu sya'ban ni. Apa yang perlu kita utamakan dalam doa lepas baca yassin pada malam nifsu sya'ban ni?

1) Pada bacaan yassin pertama, mohon agar dipanjang kan umur 
2) Bacaan kedua, mohon diberi rezeki yang halal
3) Bacaan yasin ketiga, mohon iman yang sempurna dan dipermudahkan ketika mati kelak.



Nak buat amalan2 pada malam nifsu ni bukannya hanya boleh dibuat di masjid secara berjemaah je. Kot la nanti ade orang cot cet pulak kata tak sempat la nak pergi masjid nak berjemaah baca yassin 3 kali, kerja la, itu la ini la.. Aiipppp! Sapa ajar bagi 1001 alasan?! Tamoo macam tu k :) Korang boleh juga lakukan secara individu di rumah. Baca yassin sendiri2. Mendoakan kesejahteraan diri semua tu. InshaaAllah takde beza pun. So tak ada alasan ok kawan2, akak2, adik2, abang2 :)

Nak cakap banyak , sis pun tak sesempurna mana. Masih manusia biasa cuma sekadar memberi sedikit perkongsian di malam yang mulia ni. Mana la tahu kita sama2 boleh memperbaiki diri dan saling memaafkan satu sama lain. Bukan saja meminta maaf sesama manusia, bahkan meminta maaf kepada pencipta , yakni Allah swt. Tak pernah terlambat untuk kita meminta maaf dan bertaubat selagi pintu taubatNya masih terbuka. Kalau rasa kita ni terlalu banyak masalah nk tanggung dalam hati, terasa tersepit dengan dunia. Apa kata, malam yang indah ni kita cuba bersendiri melakukan solat sunat, baca yassin, membasahkan lidah dengan zikir2 indah, berselawat ke atas Nabi. Orang kata malam ni adalah salah satu malam di mana doa2 kita dimakbulkan. Tapi jangan pula mengamuk kalau tibe2 doa tak dimakbulkan. Percaya dengan kuasa Allah. Allah dah aturkan jalan yang cantik buat kita. Cume cepat atau lambat je. Percaya qada dan qadar Allah, dan segalanya bakal sempurna. Hentikan sekejap ingatan kepada dunia. InshaaAllah sekurang2nya dengan kuasa Allah, hati yang terbeban akan rasa tenang. Siapa tahu kan? Allah tu kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :)

So sampai sini je entry kali ni. Kalau ada salah silap harap sangat dimaafkan. Kalau ade yang salah tegur la dimana2. Sama2 memperbaiki diri, muhasabah kan diri. Kita kan saudara sesama islam. Tak salah menegur. Cuma cara tegur tu je yang kita kena pandai..hee sebab sis ni sensitif sangat T_T Maaf ye.. Ok lah selamat beramal dan salam nifsu sya'ban :)


Semoga dosa lampau kita semua diampunkan olehNya ..AMinnnn


Masa Terluang ! :)

Assalamualaikum
Hai ! Kali ni tak nak taip delete lagi sebab tibe2 ade idea nak cerita pasal apa HAHA. Typical me suka benor delete2 bila dah taip panjang2. So petang2 yang aman damai panas terik ni nak cerita la yang aku sekarang ni tengah cuti hari gawai ..Yeayy ! Yang bertambah yeay nya bila cuti seminggu yang aku idam2 kan dapat relaxkan minda ni hanya sekadar mimpi bila dengan secara tiba2 nya aku ada 4 project dan 1 assignment yang nak kena hantar lepas cuti serta test2 yang bakal menggegarkan otak aku yang sememangnya tengah serabut ni ..T_T Naik je cuti ni, kena prepare ketahanan mental dan fizikal sebab.... FINAL nak dekattttttt dahh oii..
So selain daripada melepet depan laptop menjulingkan mata dengan nombor2 serta formula bagai ni, kalau dah tak boleh nak solve jugak apa lagi melekat je la dengan handphone. Mana boleh lekang dengan handphone oii.. :) apa yang best sangat belek handphone? Ohh aku suka online, tak scroll twitter, aku scroll insta, tak pun aku buka youtube *kalau internet laju la* .. Dan kalau dah bosan sangat kat rumah ni, paling tak pun aku duduk la luar rumah cari benda nak snap gambar nak edit.  
Edit? I am too addicted dengan editing dari dulu just tu la, sebenarnya tak reti langsung hahaha just baru2 ni kenal someone yang boleh dikira aku mmg adore gile cara dia edit. Dia ajar aku edit pun dalam phone.. Bayangkan la belajar by whatsapp, sukar sikit nak faham. Tapi buat masa ni ok la godek2 apps yang ade, kalau tak tahu sangat tu baru la tanya ye dok. Buat masa ni walaupun tak berapa nak reti tapi boleh la mampu nak tersenyum tengok gambar edit sendiri walaupun buruk sebenarnya..hahaha 
Yang ni pun ade orang tolong crop kan lagi :) Hahaha

Nak tunjuk lebih2 tak boleh la, baru belajar, gambar2 pun macam alahhh elok ke ni. Kadang2 aku edit aku biar je dalam phone sebab tak rasa pun gambar yang di edit tu cantik. Kadang2 tu cuba acah2 je pandai edit padahal takde seni langsung.. Kah kah kah. Ok la buat mase ni as a beginner aku puas hati la dengan hasil kerja aku walaupun just guna handphone cikai2 laut..hahaha But but but still tak puas sangat la selagi tak dapat gambar yang sharp and cantik .. ishh geram tahu tak tengok gambar orang snap cantik2 ni. Cemburu too much. Tapi takpe, suatu hari nanti k.. Aku cuba la mana yang mampu setakat ni. Yang penting aku puas. :)

Ok dah2 malas nak taip pepanjang sebab sekarang ni bukan waktunya nak melepet mengadap laptop lagi, sekarang masa untuk mengurangkan segala lemak2 yang ada *cakap je lebih* hahahaha
Ok BYe !