Tuesday, 12 May 2015

Dunia Berputar !

Sabda Rasulullah saw :

"Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih , kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya, daripada satu bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat"

Kadang2 kita tak sedar ,kita ni hanya manusia biasa yang menumpang di bumi Allah. Dan kita juga alpa kenapa kita menumpang di sini. Kita cepat leka atau sebenarnya kita buat2 lupa? Aku bukan reti bab2 agama sangat cuma aku tahu la ape tu hukum hakam halal haram, baik jahat semua tu buat masa ni. Tapi tu lah, manusia kan, tak semuanya sempurna. Aku pun manusia biasa yang ada perasaan, yang ada hati. Yang tak mampu berkata-kata bila ada masalah. Yang aku mampu hanya berdiam diri, memaafkan dan membiarkan semuanya berlalu. Ya aku mungkin berimaginasi tinggi seolah2 masalah tu boleh hilang macam ditiup angin. Bila ada angin, masalah pergi HAHAHA *kartun sangat* Takde maknanya masalah tu boleh pergi macam tu je, lagi pula manusia macam aku yang selalu sangat la terfikir benda2 yang negatif sepanjang masa. Bila nak settle kan? Actually tertanya2 jugak, kita ke yang "create" masalah tu? Kita ke yang mulakan semua masalah macam ni? Serious tertanya2  apa salah aku sampai semua ni hadir dalam hidup aku? Paling perit bila masalah melibatkan hati. Ya Allah rasa macam nak campak hati ni jauh2. Biar kosong. Takde hati dan perasaan. SENANG CERITA. Tak payah langsung aku nak fikir itu ini, macam mana nak selesaikan satu satu masalah tanpa lukakan perasaan orang dan menghancurkan persahabatan yang dah terjalin. Yes tu lagi satu masalah. Fikir perasaan orang. Orang takkan pernah fikir perasaan kita kan? hahaha lumrah hidup. Kalau orang lain fikir masalah kita, mesti orang akan senang2 faham hati kita, perasaan kita. So nak tak nak diam je la. Susah sangat buat camtu je senang ..hahaha Cliche sangat aku ni. Hidup ni simple je sebenarnya, kalau sekarang kau dibawah, mana tahu mungkin suatu hari kau akan berada di atas. Siapa tahu ? Kuasa tuhan kita tak boleh nak lawan kan :) Begitu juga dengan bila hari ni kau buat orang tu, kau sakiti dia, kau lukakan perasaan dia, kau buat la dia macam2, dia sabar, dia diam. Kau ingat selamanya kau akan berjaya macam tu ?? Oh tidak . Kesabaran dia yang kau cabar boleh dibalas. Dunia ni berputar. Siapa tahu suatu hari nanti kau akan rasa macam mana yang dia rasa. Kita tak tahu apa yang berlaku kan tapi mungkin juga kau akan dibalas setimpal dengan apa yang pernah kau lakukan. Kalau orang putih percayakan karma so kita percayakan kifarah dosa. Sesungguhnya Allah tak pernah membiarkan hambaNya keseorangan . Dan tak mungkin juga setiap masalah takde jalan penyelesaian nya. Kalau rasa ade buat salah, minta maaf dan jangan ulanginya. Kalau rasa diri penuh dengan dosa, sama2 perbaiki kembali, masih ada masa untuk kita. Selagi belum tertutup nya pintu taubat :')

Tapi yang aku pelik sepelik2 alam kan, kenapa orang kalau dah buat macam2 tak pernah nak jujur eh ? Ok fine la bak kata seseorang ni "orang mana yang dah lempar taik nak jilat balik kan" ok ok agak mengerti, Tapi pelik juga, sebab benda nya kau patut tahu masalah tu takkan pernah hilang selagi kau tak jujur dalam sesuatu perkara. Ok la camni, andaikata kau tak sempat nak jujur, nak beritahu hal sebenar, nak minta maaf atas ape yang berlaku dan orang yang kau sakiti, yang kau lukakan perasaan tu tiada lagi di dunia ni. Apa kau sangka dosa kau terhenti? Wallahualam. Andai orang yang kau lukakan tu memaafkan kau, tenang la. Kalau tak? Sanggup nak merangkak kat padang mahsyar yang mempunyai berbilion2 manusia tu ? Mampu ke kau cari dia? Hmm Aku tak cakap pula yang aku ni perfect, aku pun manusia biasa, aku terlalu banyak dosa. Tak tahu la sempat atau tidak untuk meminta maaf dekat semua andai aku pernah buat macam2 kat dyrg kan. Siapa tahu dalam diam kata2 lebih pedih dari tikaman pisau. Siapa tahu ada yang terasa dengan kata2 yang aku lemparkan. Bumi ni dah semakin tua, bila2 masa je perkara yang kita semua tahu akan terjadi . :') So kat sini nak highlight kan, kalau rasa macam nak buat sesuatu yang akan menyakitkan hati seseorang tu, yang akan mengecewakan seseorang tu. Minta maaf lah cecepat. InshaaAllah kalau tak banyak pun sekurang2 nya kita dah rasa tenang minta maaf kan ? :) Dia maafkan atau tidak tu kes dia dengan Allah pulak. Takde kena mengena dengan kita. So last but not least , do think before you act . Do be someone who can always forgive and forget. They don't feel what you feel. So better jadi seorang yang memaafkan dan kemudian diam kan diri je k ;)

Ok dah bosan nak taip pepanjang, so sampai situ je membebel malam ni. Nak tido esok kelas agak pagi nanti kang tak terbangun pulak hahaha Cerita di atas takde kena mengena dengan sesiapa, so jangan la makan cili nanti pedas pulak awak2 haa :p kih3.. Selamat Malam.. Assalamualaikum

Sunday, 10 May 2015

HATI

Satu per satu masalah datang melanda. Serious aku cakap aku tak sekuat yang orang nampak. Kalau luaran boleh tersenyum tapi bukan dalam. Dan terkadang aku tak mampu untuk menutup kesedihan sendiri. Bukan saja nak sorok tak nak meluah tapi aku fikir better pendam daripada meluahkan. Hey tak semua tau akan faham apa yang kita alami. Tak semua ! Ingat tu. Dan sebab tu aku lebih decide untuk kunci rapat2 mulut ni . Kalau boleh nak je bercerita, nak meluah. Sebab bila meluah tu at least aku akan rasa lega kerana beban yang selama ni disimpan akan berkurang tapi tak :( Aku tak mampu nak simpan sorg2 :'( Tahu tak perasaan bila kau pendam satu benda tu sorg2, kau biar dia makin bertambah. Heyyy makin lama , makin banyak rasa macam nak meletup. Memang aku bukan jenis meluahkan, aku diam. Paling sakit pernah berlaku yang buat aku meletup hanya lelehan air mata. Air mata je yang mampu teman. Air mata je yang mampu buat kita rasa lega. Allah tu Maha Adil, lepas nangis kita mesti akan penat and tertidur. Allah bagi kita ujian, Allah bagi kita menangis , merayu merintih padaNya dan Allah bagi kita rehat :') Allahu, itulah kuasa Allah yang kita tak pernah tahu kan? Yang kita boleh memandang ringan. Tapi sebenarnya semua ni hanyalah dugaan Allah. Ya aku tahu walau tak sekuat mana pun aku menghadapi semua ni tapi aku yakin selagi Allah disisi, umi abah dihati, aku pasti akan dapat atasi nya walau cepat atau lambat. InshaaAllah :')

Wednesday, 1 April 2015

Perfect 10 !

Assalamualaikum dan selamat petang..
        So title post kali ni, " PERFECT 10" .. Padia perfect 10 tu ?? hmm hmm.. Actually dengan lebih mudah nak menjelaskan dekat semua yang kebanyakan wanita2 masa kini mahukan bentuk badan yang langsing dan menawan. Betul tak kakak2 adik2 semua? Of courseee la betul kan. Because me too hahaha Siapa je yang tak nak badan yang cantik menawan. kan kannn ðŸ˜‚ Semua orang pasang impian ni. Lagi2 bila insecure tengok badan2 orang yang kaki nya ade thigh gap, badan fit ishh.... Kenapa kita tak macam tu kan?! Haihhh.. Sape ada jawapan? Sebenarnya kita semua tahu apa jawapannya tapi biar hakakk saje yang terangkan ok? hahaha (*Akak la sangat) So jawapannya :
     
                                    1)              Cara Pengambilan Makanan


Nasi Lemak
                        Haaaa cukup la tunjuk makanan Malaysia ni haa, nasi lemak and more more la makanan kat Malaysia ni yang sedap2. Memang seriously takkan sanggup tolak punya. Sebab ape tau ? Sebab makanan kat Malaysia ni sedapppp sangat2 :) Bukan tak sanggup nak tolak je, tapi kadang2 tu bila dah sedap sangat , kita tak sedar kita akan ambil dalam kuantiti yang banyakk ! Dah la banyak lepas tu asyik lapar dan keep repeat nak makan je keje..Oh maii... ish ish ish *perangai sendiri la tu* hehehe Ok next !!

                                   2)                   Malas bersenam

 

                            Haaa yang kedua ni pula, lepas dah makan punya lah banyak, dah sumbat
itu ini dalam perut lepas tu mulaaa la badan jadi berat malas nak bersenam. Kalau kawan ke ajak jogging mesti kita macam "errr alaa malas lah , kau pergi la, aku mengantuk la, aku penat la" Hahaha Kan? Banyak sangatlah alasan kita ni haaa  ..

Actually banyak lagi faktor2 lain yang buatkan berat badan kita bertambah seperti :

       1) Tenaga yang tak seimbang dalam badan
        =>Untuk memastikan bahawa berat anda berada pada BMI atau berat normal yang ideal, anda perlu memastikan bahawa nilai tenaga yang ada dalam tubuh anda berada pada kadar yang normal dan seimbang. Seimbang ini bermakna nilai kalori dan tenaga yang anda perolehi mestilah berada pada kadar yang sama dengan jumlah tenaga yang anda keluarkan.
    
       2) Genetik dan faktor keluarga 
       => Hasil kajian mendapati genetik juga mempengaruhi kadar pembentukan lemak di dalam tubuh anda. Ia juga mempengaruhi di mana dan bagaimana lemak2 itu bakal terkumpul
 di dalam anggota tubuh. Semua ini bergantung pada faktor keluarga dan genetik.

      3) Faktor emosi 
      => Bila anda tertekan marah, stress, boring dan sebagainya, ini secara langsung akan mempengaruhi kadar pemakanan anda. Ramai orang yang sedang berada di dalam keadaan ini akan mengambil lebih makanan untuk cuba meredakan tekanan hidup dan untuk menghilangkan stresss mereka ketika itu 

Dan banyak lagi faktor2 yang boleh menaikkan lagi berat badan kita yang dah sememangnya berat. Google sendiri la k :) Haa kena ambil berat tau tentang faktor2 semua ni. Jangan buat leceh ja na.. Ok bila dah tahu punca2 kenapa bentuk badan kita sekarang dah jadi macam bentuk O, mestilah nak tahu pula penyelesaian nya kan? Haaa ni ceq nak habaq mai naa, nak kurus boleh tapi JANGAN SAKITI DIRI SENDIRI .. Haa hakak bold kan perkataan tu sebab tak nak la adik2, akak2 ni ambil or buat keputusan terburu2. Ye sy tahu semua nak kurus dengan cepat, nak tengok hasil cepat tanpa buang duit yang banyak kan. Tapi kena ingat juga, kalau body lawa, kesihatan hancur susah juga kan? So kalau boleh elak lah buat sesuatu yang boleh sakitkan diri sendiri. Ok ? :) Nak Jadi perfect 10 ni perlu mengambil masa juga, bukan sehari dua je badan dah cantik molek, No ok No. Sebab tu lah ade nya kata2 " No pain No gain" Kena lah bekerja keras sikit and yang penting PENGORBANAN. *macam la aku ni buat sangat* hahaha..
Ok kat sini, sy nak lah share sikit tips2 kalau nak sangat turunkan berat badan , ade thigh gap, nak body lawa, cantik molek ke kan. Dengan kesihatan yang sempurna :) So jom sama2 baca tips nya ....

                                      1)    Jadikan air masak sebagai minuman utama


=> Air berfungsi melarutkan mineral dan nutrien bagi memudahkan ia diserap tubuh. Bagaimana untuk mengetahui berapa jumlah air yang perlu diminum? Ada pendapat yang mengatakan lapan  gelas sehari adalah mencukupi tetapi betul ke idokk kan? Haaa cubalah dapatkan jumlah yang perlu korang minum dengan menggunakan formula pengiraan berikut:
Sebanyak satu liter adalah untuk setiap 25 kg berat badan.
Contohnya, katakan berat badan anda ialah 75 kg, maka pengiraannya ialah:
25 kg= 1 liter 75kg ÷25kg =3 liter Maka jumlah air yang diperlukan oleh tubuh anda ialah tiga liter. *sebab sy budak math , so nak bagi tips pun dalam math hehehee*

                                    
                                  2) Mengambil makanan dalam kuantiti yang berpatutan

                         
Ini ape ni ??! Haaa ni lah piramid makanan kalau nak tahu. Piramid makanan ni ialah satu carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenis-jenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari . Ia juga digunakan sebagai panduan dalam penyediaan makanan sihat. Pengambilan makanan yang sihat dapat memastikan bahawa tubuh badan dan otak kita dapat menerima semua nutrien yang mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan baik. Pengambilan makanan perlu dipelbagaikan kerana tiada satu makanan yang boleh membekalkan kesemua nutrien yang diperlukan oleh badan. So dalam pyramid ni ada 4 aras. Meh nak terangkan setiap satu aras meh :)


ARAS 1 
Aras 1 Piramid Makanan mengandungi kumpulan makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks
yang merupakan sumber tenaga yang utama. Makanan ini juga membekalkan vitamin, mineral, serat dan sedikit protein. Setiap hidangan makanan daripada kumpulan ini perlu diambil paling banyak. Contoh makanan bagi kumpulan ini adalah nasi, bubur, roti, mi, mihun, biskut, pasta, bijirin sarapan, capati, thosai, ubi keledek, keladi dan kentang.

ARAS 2

Aras 2 Piramid Makanan mengandungi makanan yang kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Makanlah makanan di aras ini dengan banyak, dan pelbagaikan pilihan di dalam setiap hidangan. Contoh makanan bagi kumpulan ini ialah sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.

ARAS 3

Daging, ayam, ikan dan kekacang terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Makanan ini kaya dengan protein, vitamin B, zat besi, zink dan magnesium. Pilihlah daging rendah lemak dan buang semua lemak yang kelihatan pada daging dan ayam. Sekali sekala tukarkan penggunaan daging dengan kekacang, kerana ianya rendah lemak dan kaya dengan serat. Contoh kekacang adalah kacang soya dan hasilnya seperti tauhu dan tempe, kacang dhal dan kacang merah. Hasil tenusu juga terletak di Aras 3 Piramid Makanan. Contoh hasil tenusu ialah susu, keju dan dadih. Makanan ini kaya dengan protein, kalsium dan biasanya diperkaya dengan vitamin D. Pilihlah hasil tenusu rendah lemak.

ARAS 4 
Lemak, minyak, coklat, gula dan juga makanan yang kaya dengan bahan ini terletak di Aras 4 Piramid. Ini menunjukkan hanya sedikit sahaja makanan daripada kumpulan ini yang perlu dimakan.

Ok kalau malas nak baca tu, tengok je pyramid tu haa mesti korang faham hehehe :) NEXT !!

                                        3)            Kerap melakukan senaman


Haaa sapa yang cakap dia malas nak bersenam tadi mehhh nak tepuk dahi tu sikit ..hehehe *tak sedar diri* Ok ni penting ye akak2, adik2 sekalian, selain makan, minum semua, kita kena lah buat exercise sikit.. Alaa kalau malas nak keluar rumah tu , senaman ni boleh je buat di dalam rumah, dalam bilik. Patutnya takkan jadi alasan lah tak nak bersenam, malas nak keluar segala bagai. Ok bagi yang malas nak keluar rumah ke ape kan, meh nak bagi exercise yang korang boleh buat dekat rumah tu haa..
  1. Sit up (Bangkit Tubi)



Exercise ni namanya bangkit tubi, or senang cerita ramai la panggil dalam bahasa omputih sit up namanya .. :) Sit up ni untuk abdomen, boleh la adik2 akak2 nak kempiskan perut tu haa.. Ajak la sesiapa pegang kat bahagian pergelangan kaki untuk memudahkan lagi sit up ni, kalau dah takde orang sangat pergi letak kaki kat bawah sofa ke ape ke. Boleh je kan takde alasan hehe Buat lah dalm 60 saat, tengok berapa banyak yg awak2 semua boleh buat, then rehat sekejap dan ulang lagi. Kalau boleh buat 3 set . Nanti mesti korang akan rasa tegang di bahagian perut . Itu perkara biasa jangan risau :)
    
     2 . Squat 

Kebanyakan daripada kita mesti mahukan peha yang kecil dan bentuk badan yang menarik kan. Squat ni adalahsalah satu exercise yang boleh dilakukan untuk mengecilkan bahagian peha dan juga memberi sedikit shape pada badan kita. Squat ni kira bagus la, tapi jangan la pulak buat sekejap pastu dh tak nak buat pula. Sia2 je taw :( Squat ni korang kena make sure buat betul2 ok. Kalau nak senang buat la wall squat so badan korang akan jadi 90 degree, lagi berkesan.. InshaaAllah


   3.  Skipping Rope 


Skipping ni pun best dalam nak menurunkan berat badan, buat lah kalau mampu 100 setiap satu kali. Kalau tak boleh jangan paksa diri, buat la dalam 50 kali then stop seminit dan buat lagi. Jangan malas ok :)

Banyak lagi exercises yang korang boleh cuba buat kat rumah, kalau yang suka pergi gym tu korang boleh la exercise guna trackmill ke kan, dengan mesin2 yang telah tersedia ade kat gym tu haa.. Bagi yang tak boleh nak pi mana2 , yang gym jauh ke, tak nak keluar ke segan ke.. Haa buat kat rumah pun boleh. Senaman ni tak kire di mana2 pun. Yang penting usaha :) *cakap org padahal sama je malas (^^")* hehehe Di bawah ni ade la contoh exercises yang boleh dibuat di rumah selain 3 perkara di atas ni k

Nahh haaa.. :)

Eh ehhh tapi jangan la pula buat exercise tu sampai berat badan korang dengan tinggi korang tak stabil k .. Bila timbang tu kira la Body Mass Index (BMI) korang tu jugak.. Kang elok2 normal jadi underweight pulak kang.. haaa susah pulak nak kena naikkan balik hehehe.  Cara kira BMI adalah seperti berikut : 


Lepas dah kire tu korang tengok pula korang berada di kategori mana..




Sama2 nak kurus so sama2 bagi cadangan dan tips untuk melakukan perkara yang sihat untuk diamalkan. Ingat kalau rasa betul2 nak turunkan berat badan tu, disiplin dengan tips2 yang diberi ok? :) InshaaAllah sama2 kita amalkan cara diet yang seimbang .. Dan Good Luck ...XoXo





     

Saturday, 12 April 2014

Tamat :')

Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah.. 9 April 2014 jam 5.15 petang maka tamatlah sudah pengajian ku bersama rakan2 seperjuangan Quantitative Sc dalam berjuang demi segulung diploma. InsyaAllah kalau diizinkan atas usaha kami, kami akan melangkah sikit demi sikit ke menara gading . InsyaAllah atas izin daripada Nya . 3 tahun perjuangan dan hari ni titik akhir pengajian diploma dan perkenalan kami. Ops tidak, ini semua belum berakhir wahai kawan2.. Persahabatan yang terjalin selama 3 tahun ini akan tetap kekal abadi dalam ingatan. Memori yang kita lakarkan tak akan mungkin luput dalam ingatan. Perkenalan yang tak pernah diduga, tidak pernah dirancang akhirnya menjadi sebuah keluarga yang bahagia, berkongsi suka dan duka. Segalanya kita tempuh bersama. Ya itulah kita. Erti persahabatan yang tak ternilai harganya. Persahabatan yang tidak boleh dijual beli, yang tak boleh dipersenda dan dipermainkan. Itulah persahabatan. Air mata yang mengalir di akhir perpisahan kita bukan bermakna kita akan berpisah selamanya rakan2. Kita akan berjumpa lagi insyaAllah juga dengan izin dariNya. Kita hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan kan? :') InsyaAllah persahabatan kita tidak akan pernah berakhir. Semuanya telah pun terpahat didalam hati. HATI. Yes disitu segala memori diletakkan. Memori 3 tahun. Kalau diingatkan kembali, melihat gambar2 kita bersama, Allahu mata ini berkaca...bergelinang air mata merindui kalian semua. Bayangkan hidup kita disana, siang dan malam bersama, tidur bersama, makan bersama. Apa yang kita lakukan itu sebenarnya sebuah kenangan yang tak akan pernah pudar. Maaf andai diri ini penuh dengan kekurangan sepanjang persahabatan yang telah terjalin selama 3 tahun ini. Dan maaf andai diri ini penuh kekhilafan sepnajang perkenalan yang tak diduga ini. Bukan senang untuk kita menjalinkan satu persahabatan yang akhirnya menjadi seperti satu keluarga yang bahagia. Terima kasih atas segalanya kawan2. Pastinya kenangan yang kita lakarkan bersama itu tak akan pernah dilupakan. Dan berakhirnya perjuangan kita di sini bukan bererti berakhirnya persahabatan antara kita. Ingat tu :') Persahabatan ini tidak akan pernah terpadam. Ikatan persaudaraan kita tak akan pernah terputus. InsyaAllah. Semoga kita dapat bertemu di lain masa. Simpan segala kenangan kita bersama. Agar ianya menjadi sebuah memori yang paling terindah.




CSD6ABq dan "SENIORS" REVIVAL memori tercipta :')










Friday, 1 November 2013

Jatuh...

Ya Allah , peluklah hati ini disaat aku mulai rasa gelisah dalam penantian penuh kesabaran ini. Rindu ini kerana Mu Ya Illahi...
"Duhai bakal imamku, jangan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara" ...

Thursday, 13 June 2013

Welcome Sem 5 ! :)

Assalamualaikum, selamat petang dan salam jumaat :)
                 Hari ni dah masuk hari ke 6 dekat Uitm Arau perlis ni, dan hari jumaat ni merupakan hari ke-5 kelas bermula. Oh kali ni kami dah jadi senior, dah sem 5 dan hampir dah nak tamat pengajian diploma kali ni.. syukur alhamdulillah buat masa ni takde ape2 masalah dengan pelajaran. Lagi setahun di Uitm ni :) Semua kenangan ade dekat sini, ye la pahit manis, panas terik semua nya kitorg redah dekat uitm arau ni haa, will miss all the memories n kalau boleh nak cipta banyak lagi kenangan InsyaAllah..Sem ni quite hard sebab semua subjek "Critical Thinking" and well sem ni ade MUET !! Hurm..ok jujur la kan, aku ni bukannye seorang yang lancar atau fasih berbahasa inggeris.. Nak speaking ? simpang jauhh la ain nak speaking2 ni, reti tu sikit2 je tapi tak selalu gune pung~~ Maluuu ...tapi org kata malu tu tak kemana kan. Hope muet dapat buat yg terbaik n lebih baik dari yang biasa. Sebab ape ckp sem ni quite hard ? kitorg punya study week just 2 hari .. Hey 2 dayssss untuk study 5 subjek ???????!! Hurmm... insyaAllah akan cube arrange masa dgn elok. Sem ni mmg banyakk sgt dugaan. Tak lama lagi nak puasa, pun satu dugaan untuk tempuh sepanjang hari. Semoga semuanya dipermudah kan :) Btw sekarang ni dh tak jadi org selangor dh, jadi orang terengganu..well kalau umie dgn abah gembira duduk terengganu , me also happy.. Tak nak dyrg tension2 n sedih2.. Umie abah i hope i will make you proud. InsyaAllah .... Me love youu ! :) Ok lah nak out nak rest , take care all... byeee ~~
Kami penghuni setia DAHLIA 2 ..Love yawww :*

Sunday, 14 April 2013

Hey i'm HOME !!! ^_^

Assalamualaikum dan selamat tengahari ^_^
         Hai, hari ni hari pertama sy duduk di rumah setelah 2 bulan tak balik rumah, oh myy i'm so homesick ok bila duduk sana lama2.. Tapi dah balikk.. tarraaaaaaa !! Happy giler2 :) Semalam perjalanan yang agak lama. Bayangkan hampir 12 jam gak la duduk dalam bas INTERCITY tu. Pukul 12.30 tghari gerak, pukul 1.20 cmtu bas tu berada di bengkel, baiki ape entah. Lama jugak la dalam sejam lebih.. Lebih kurang pukul 3 kitorg gerak balik. Pukul 11.00 malam baru smpai kajang .fuhhh finally i'm home.. hey youu tell the world i am back !! hehe Kecohh je ain ni kan :p eh suke hati kiteee laaa hehe..Sampai rumah cam wowww its awesome ! macam dah bertahun tak balikk woo. Lain sangat rasanya :) Tidur semalam senyum sampai ke telinga wa cakap serious ..hehe ... Rasa beban kepala semua hilang bila nampak umie and abah semalam. Hari first day duduk rumah, jadi driver aboh pergi beli roti canai. Btw its my first time jugak la driving kan but ok je ..no scary2 gentar2 cuak2 ni.. steady. hehe Actually banyak plan cuti ni nak buat dengan ehem2, kwn2, dan lain2.. And the most important thing dlm mase dua bulan ni nak kne jog, fitness kne jaga. Have to be dicipline ! Hohoo.... Malas nak cerita panjang la kan, gembira yg teramat ni mmg tak terkata la cerita dia ^_^ Hello Sri Serdang ..........I'm here.. jom enjoyyy ~