Sunday 10 May 2015

HATI

Satu per satu masalah datang melanda. Serious aku cakap aku tak sekuat yang orang nampak. Kalau luaran boleh tersenyum tapi bukan dalam. Dan terkadang aku tak mampu untuk menutup kesedihan sendiri. Bukan saja nak sorok tak nak meluah tapi aku fikir better pendam daripada meluahkan. Hey tak semua tau akan faham apa yang kita alami. Tak semua ! Ingat tu. Dan sebab tu aku lebih decide untuk kunci rapat2 mulut ni . Kalau boleh nak je bercerita, nak meluah. Sebab bila meluah tu at least aku akan rasa lega kerana beban yang selama ni disimpan akan berkurang tapi tak :( Aku tak mampu nak simpan sorg2 :'( Tahu tak perasaan bila kau pendam satu benda tu sorg2, kau biar dia makin bertambah. Heyyy makin lama , makin banyak rasa macam nak meletup. Memang aku bukan jenis meluahkan, aku diam. Paling sakit pernah berlaku yang buat aku meletup hanya lelehan air mata. Air mata je yang mampu teman. Air mata je yang mampu buat kita rasa lega. Allah tu Maha Adil, lepas nangis kita mesti akan penat and tertidur. Allah bagi kita ujian, Allah bagi kita menangis , merayu merintih padaNya dan Allah bagi kita rehat :') Allahu, itulah kuasa Allah yang kita tak pernah tahu kan? Yang kita boleh memandang ringan. Tapi sebenarnya semua ni hanyalah dugaan Allah. Ya aku tahu walau tak sekuat mana pun aku menghadapi semua ni tapi aku yakin selagi Allah disisi, umi abah dihati, aku pasti akan dapat atasi nya walau cepat atau lambat. InshaaAllah :')

1 comment:

  1. sila luahkan dekat aku, sebab aku pun share aku punya cerita dkt kau

    ReplyDelete