Monday, 1 June 2015

Nifsu Sya'ban

Assalamualaikum...
Disebabkan malam ni (1/06/2015) adalah malam nifsu sya'ban so entry kali ni nak lah share sikit pasal Nifsu Sya'ban ni ..Bagi sesiapa yang tak tahu Nifs bermakna pertengahan, Nifsu Sya'ban bermakna malam pertengahan bulan sya'ban.

Sabda Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya Allah pada malam Nisfu Sya'ban mengawasi seluruh makhlukNya dan mengampuni semuanya kecuali orang musyrik atau orang yang bermusuhan (HR Ibnu Majah). 

Malam nifsu ni adalah salah satu malam yang dikejar oleh muslimin muslimat selain daripada malam lailatul qadar. Sedar tak sedar kita ni dah pertengahan sya'ban dah. Tak lama lagi Ramadhan menjelma. Dah bersedia ke kita? :) InshaaAllah sama2 kita mempersiapkan diri kita untuk menghadapi bulan ramadhan ni ok ?. Back to story... Selalunya malam nifsu ni, ramai yang berpusu2 ke masjid untuk bersama2 menunaikan solat sunat nifsu sya'ban, setelah selesai menunaikan solat berjemaah, membaca surah yassin sebanyak 3 kali. Di setiap habis bacaan yassin, mestilah terselitnya doa malam nifsu sya'ban ni. Apa yang perlu kita utamakan dalam doa lepas baca yassin pada malam nifsu sya'ban ni?

1) Pada bacaan yassin pertama, mohon agar dipanjang kan umur 
2) Bacaan kedua, mohon diberi rezeki yang halal
3) Bacaan yasin ketiga, mohon iman yang sempurna dan dipermudahkan ketika mati kelak.



Nak buat amalan2 pada malam nifsu ni bukannya hanya boleh dibuat di masjid secara berjemaah je. Kot la nanti ade orang cot cet pulak kata tak sempat la nak pergi masjid nak berjemaah baca yassin 3 kali, kerja la, itu la ini la.. Aiipppp! Sapa ajar bagi 1001 alasan?! Tamoo macam tu k :) Korang boleh juga lakukan secara individu di rumah. Baca yassin sendiri2. Mendoakan kesejahteraan diri semua tu. InshaaAllah takde beza pun. So tak ada alasan ok kawan2, akak2, adik2, abang2 :)

Nak cakap banyak , sis pun tak sesempurna mana. Masih manusia biasa cuma sekadar memberi sedikit perkongsian di malam yang mulia ni. Mana la tahu kita sama2 boleh memperbaiki diri dan saling memaafkan satu sama lain. Bukan saja meminta maaf sesama manusia, bahkan meminta maaf kepada pencipta , yakni Allah swt. Tak pernah terlambat untuk kita meminta maaf dan bertaubat selagi pintu taubatNya masih terbuka. Kalau rasa kita ni terlalu banyak masalah nk tanggung dalam hati, terasa tersepit dengan dunia. Apa kata, malam yang indah ni kita cuba bersendiri melakukan solat sunat, baca yassin, membasahkan lidah dengan zikir2 indah, berselawat ke atas Nabi. Orang kata malam ni adalah salah satu malam di mana doa2 kita dimakbulkan. Tapi jangan pula mengamuk kalau tibe2 doa tak dimakbulkan. Percaya dengan kuasa Allah. Allah dah aturkan jalan yang cantik buat kita. Cume cepat atau lambat je. Percaya qada dan qadar Allah, dan segalanya bakal sempurna. Hentikan sekejap ingatan kepada dunia. InshaaAllah sekurang2nya dengan kuasa Allah, hati yang terbeban akan rasa tenang. Siapa tahu kan? Allah tu kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :)

So sampai sini je entry kali ni. Kalau ada salah silap harap sangat dimaafkan. Kalau ade yang salah tegur la dimana2. Sama2 memperbaiki diri, muhasabah kan diri. Kita kan saudara sesama islam. Tak salah menegur. Cuma cara tegur tu je yang kita kena pandai..hee sebab sis ni sensitif sangat T_T Maaf ye.. Ok lah selamat beramal dan salam nifsu sya'ban :)


Semoga dosa lampau kita semua diampunkan olehNya ..AMinnnn


No comments:

Post a Comment