Sunday 7 June 2015

Cerita Aku...

      Tatkala semua mata sudah terpejam dengan lena bersama bantal masing2, jelas hanya aku yang masih mencelikkan diri mengenang nasib diri yang tiada kesudahan. Hanya bunyi geseran angin2 dan juga getaran jantung yang menjadi peneman aku pada malam yang sunyi ini. Ya aku terasa sunyi. Sunyi dengan rasa sakit yang telah membelah jiwa dan perasaan aku sendiri. Bila aku bersendiri, termenung di bawah sinaran bulan yang terang di balkoni rumah sewa aku ini, pemikiran aku jadi serabut. Serabut memikirkan masalah2 yang melanda hidup ini. Hidup yang penuh tanda tanya. Ingin aku mengeluh tapi aku tak mampu. Aku hanya manusia biasa yang harus redha dengan segala ketentuan sang Pencipta. Hanya Dia sahaja yang mengetahui segala yang tersembunyi walau dalam bagaimana pun aku sorok perasaan ini. Sebab Dia Tuhan Yang Satu. Hmm... Terkadang aku berfikir, kenapa aku cukup lemah menghadapi segala cubaan dan rintangan yang diberikan. Kenapa sukar untuk aku menepis segala ombak badai yang cuba untuk meruntuhkan benteng yang selama 22 tahun ini aku bina? Kenapa mesti aku terlalu lembut memaafkan dan menerima segalanya? Apakah aku yang silap dengan apa yang aku lakukan? Apa aku sendiri yang menjadikan diri aku ni bagai lembuk dicucuk hidung? Hanya mendengar dan tak mampu berbuat apa2. Ya aku sangat mengaku, aku tak mampu melawan. Aku lebih suka mendiamkan diri, berfikir dan bersendiri. Dan pada akhirnya aku hanya menerima apa yang orang lakukan terhadapku. Aku sedar ramai yang mengata, dan ramai yang mencela. Tapi apa yang aku boleh lakukan? Aku tetap aku. Sekasar mana fizikal aku dipandangan mata orang, hati aku tetap senipis tisu yang terlalu senang untuk orang mencarik-carikkan nya. 

Hati ? Hmm Hati yang sukar untuk ditafsirkan. Hati yang sukar untuk membuang segala apa yang orang lain lakukan. Hati yang tak mampu untuk menghilangkan secebis perasaan yang telah dipijak dan dihina orang. Kenapa duhai hati? Apa kau tidak mempunyai perasaan malu untuk terus menebal dan menerima segalanya walaupun kau sendiri terluka? Apa kau tidak rasa sakit? Mungkin ya dan mungkin tidak. Tapi kenyataan nya, hati aku terlalu lemah. Sering dipermainkan. Sering dipijak2. Tapi aku hanya mendiamkan diri. Ramai bertanya, apa kau tak rasa untuk menyerah dan berlalu pergi? Ahh menyerah kalah mungkin bukan jiwa aku. Tapi aku apa yang aku mampu hanya mendiamkan diri dan merawat luka di hati sendiri. Siapa tahu suatu hari aku mampu mengubati luka yang terlalu besar. Aku ada sebab aku sendiri kenapa dan mengapa aku hanya membiarkan hati aku terluka. Sebab aku tahu, kalau hati aku penuh dengan luka2 suatu masa dan ketika nanti hati yang tersakiti inilah yang akan jadi penguat untuk aku menjadi yang terbaik. Bukan senang untuk jadi yang terbaik. Hanya Allah sahaja yang tahu segalanya. Betapa aku mendoakan agar hati yang selalu diperbodohkan dipergunakan ini menjadi hati yang boleh memberi aku kebahagiaan dan memberi aku satu degupan sinar untuk menjalani hidup yang bakal menjelma.

Bila duduk di tengah bandar ni, aku takkan pernah lari dengan bunyi desingan motorsikal2, kereta, dan lori2. Pengangkutan yang kita sering gunakan untuk melangkah dari satu tempat ke tempat yang lain. Yaaaa langkah..! Langkah perjalanan aku masih panjang. Oh tidak, maksud aku, langkah perjalan kita masih panjang. :) Kalau hanya berhenti berputus asa di sini, bagaimana dengan kehidupan selepas ini? Aku juga turut memikirkan benda yang sama. Di mana agaknya terhentinya langkah aku yang sebenarnya? Adakah langkah aku akan terhenti dengan kebahagiaan ? Atau langkah aku akan berhenti dengan kesedihan ? Semuanya terletak pada diri aku sendiri. Sama ada aku ingin melalui jalan yang benar yang membawa aku kepada keredhaan atau jalan yang salah iaitu jalan yang akan membawa aku kepada kemurkaan. Semua perjalanan yang aku lalui pasti akan ade cabaran untuk menduga sekental mana hati kau untuk terus melalui jalan ini. Orang luar hanya dapat membayangkan jalan2 yang aku lalui adalah jalan yang lurus yang tiada cacat celanya. Tidak. Jauh sama sekali untuk aku mendapatkan jalan itu. Jalan yang aku sedang lalui sekarang ini adalah jalan yang penuh liku2. Sekejap aku jalan, aku terpijak lubang yang dalam. Bila aku mula bangkit dan aku keuar daripada lubang itu, aku mara ke hadapan sikit aku mula terjatuh ke dalam longkang. Perjalanan aku penuh dugaan. Allah menduga aku dengan apa yang aku mampu buat. Cuma aku sahaja yang tak pernah fikir apa yang harus aku buat. Aku sahaja yang tak pandai untuk menyelesaikan masalah aku sendiri. Hanya menongkat dagu dan hanya mampu mengeluarkan sisa air panas membasahi pipi.

Cengeng? Yaaa aku mengaku aku sedikit cengeng. Mungkin kerana aku anak bongsu yang menjadikan aku cengeng. Tapi sejak kecil aku dididik berdikari. Sejak sekolah rendah sampai sekolah menengah, aku tak pernah manja dengan umie dan abah aku. Aku kasar, aku budak sukan. Aku membusykan diri aku hanya untuk menutup perasaan manja aku sendiri. Lihat? Aku juga mempunyai perasaan manja aku tersendiri. Aku takut manja yang aku punya berlebihan dan akan membawa kepada kegedikan. :) Jadi aku lebih selesa membawa diri aku dengan rasa matang dan berdikari. Aku sendiri tak tahu sejauh mana kemampuan aku untuk terus berdiri di kaki sendiri. Terkadang aku tak mampu. Aku jatuh. Aku tak boleh berdiri. Aku menangis. Tapi aku diam. Ya itu masalah aku! Aku pendam ! Aku lebih suka untuk pendam dan biar aku sendiri yang rasa apa yang tak kena dengan diri aku. Mulut tersenyum tapi hati aku? Siapa yang tahu ? Mungkin sekarang aku diam, mungkin sekarang aku pendam. Tapi siapa tahu mungkin satu hari, hati yang terlalu banyak simpan perasaan sakit lelah dan kecewa ini mampu bangkit dan tidak lagi menoleh apa yang telah berlaku suatu ketika dulu. Berjalan memandang hadapan dengan perasaan megah tanpa kesedihan. Siapa tahu. Aku bukan Tuhan yang menentukan. Aku hanya insan biasa yang hanya mampu duduk di tikar sejadahdan doa padaNya. Aku adalah diri aku....



To be continuee.....

No comments:

Post a Comment